Thursday, 11 April 2013

Pahit Getir Hidup & Pengorbanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembuka bicara. Title yang saya update ini mungkin tiada yang berkait rapat kot? Hikhik. Takpe, apa-apa pun saya nak berkongsi sedikit kisah hidup yang saya alami bulan ini iaitu bulan April.
           Peribahasa 'Kawan Makan Kawan' ini yang membuatkan saya tak faham dengan remaja yang menjadi 'kawan' saya zaman sekarang. Adakah mereka makan mentah ataupun mereka buat kukus grill panggang kukus grill panggang? Hehehe lawak tak? Takpe. Ini serius. Apa sebenarnya didefinisikan oleh dia?
           Okay, itu lain cerita dan letak ditepi dulu. Ini satu 'gosip' hangat tentang diri saya. Hahaha! Hangatlah sangat kan? Saya sebenarnya dah tak tahan dah dikutuk, dicaci, dihina dan sebagainya. Apa masalah diorang hah? Saya ada ganggu hidup diorang ke sampai sanggup buang masa nak mencaci saya? Saya tahu saya tak banyak kawan macam diorang. Nanti kalau gaduh, boleh bawa gang kan?Apa barang mcm tu. Ini masalah saya dengan si 'dia' sahaja. Takkan dia nak masuk campur kot? Lagipun saya bukannya ganggu 'dia' yang sorang ni lagi. Setiap kali lalu depan bilik saya, mesti ada sahaja ayat yang boleh menyakitkan hati saya. Arghhhhhhhh! Tak naik jemu dah dengar hari-hari. Tak bosan ke hah korang asyik menyindir je tiap-tiap hari?
            "Jangan mengeluh dengan ujian yang kamu lalui. Sebaliknya bersyukurlah kerana kamu masih mendapat perhatian dari Allah."

             Ayat ini yang Ustazah selalu sampaikan kat murid-muridnya tiap-tiap hari dia masuk kelas dan mengajar. Selalu ingat dihati dan diminda walaupun perasaan ini masih menyimpa beribu perasaan duka.

            Senyum itu dapat sembunyikan perasaan sedih, kecewa. Tapi ada satu kekuatan iaitu BERSABAR. "

          Ini juga yang sering dikaitkan apabila saya mengadu perasaan saya kat Ustazah. Alangkah mulianya hati seorang Ustazah seperti itu yang sering menyampaikan kata-kata hikmah yang boleh membuatkan orang tersentuh apabila mendengarnya. Bukan tersentuh apa tau, tersentuh rasa yang benar. Hihihi. Kata Ustazah saya lagi,

            Soal hati ini tak boleh nak buat main-main. Jadi matansikit dan profesional. Kalau ada tak puas hati, jumpa depan-depan. Itu lebih memudahkan kerja kamu. Minta maaf kalau pernah buat kesilapan."

           Kata itu memang benar tetapi....................bila nak jumpa pulak takde kekuatannya kat situ. Rasa lemah sangat-sangat. Takut pun ada juga. Takut bukannya apa, just takut ada something benda yang berlaku yang taknak sangat terjadi. Phewwwwww~

           " Ya Allah, Kau Ampunilah dosa hambamu ini. Engkau permudahkanlah urusan ku selepas ini Ya Allah. Aminnnnnnnn "

           Sampai disini sahaja bual bicara saya kali ini. Saya menaip ini hanya sekadar menaip apa yang terlintas diisi hati yang dipendam selama ini untuk dikongsi buat pembaca bestari. Kata orang, membaca itu jambatan ilmu. Eh? Hihihi. Tangan saya naik lenguh dah ni. Assalamualaikum dan Baiiiiii :')

No comments:

Post a Comment