Kalau Ryzal jadi Neelofa,
pasti diri ini pun akan terkejut juga. Tak pasal-pasal nama sendiri terpalit di
dalam kontroversi kes khalwat Shah Jaszle. Untuk makluman, rupa-rupanya ketika
bertemu dengan Farah, Shah Jaszle menunjukkan SMS menuntut hutang yang kononnya
dihantar oleh Neelofa pada ketika itu juga.
Neelofa sendiri melahirkan rasa terkejutnya apabila mengetahui
apa yang dilakukan oleh Shah Jaszle. Kata Neelofa:-
Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan kononnya Lofa
menghantar SMS kepada Shah Jaszle, meminta hutang dilunaskan. Lofa tidak pernah
berbuat demikian. Nombor telefon dia pun Lofa tak simpan, macam mana Lofa nak
SMS dia?
Lagi pun, kami memang sudah lama tidak berhubungan. Apa yang
Lofa ingat, Lofa minta duit itu dipulangkan sekitar dua tahun lalu. Lofa
sendiri tidak tahu apa tujuan dia mengaitkan nama Lofa dalam perkara itu
Pelik juga kan? Mungkin Shah Jaszle menyimpan SMS tersebut dan
menggunakannya untuk meraih simpati. Yang penting, Neelofa sudah halalkan
hutang tersebut kerana enggan memanjangkan cerita. Kata Neelofa:-
Ada banyak lagi perkara lain yang Lofa kena fikir. Sebelum
kepala Lofa bertambah pening, jadi Lofa halalkan saja hutang itu. Bukanlah nak
kata wang RM5,000 itu tidak penting buat Lofa, cuma malaslah nak panjangkan
cerita.
Semoga selepas ini Neelofa tidak lagi dikaitkan dengan apa-apa
berita yang berkaitan dengan Shah Jaszle. Kesian pulak Ryzal tengok Neelofa.
Tak pasal-pasal nama jadi buruk. Kepada Shah Jaszle, kalau ada duit nanti,
bayarlah hutang itu. Walaupun dah dihalalkan, jadilah lelaki bertanggungjawab
dan pandai membayar hutang.
No comments:
Post a Comment