Tuesday, 17 December 2013

TIPS : 5 Fakta Menarik Tentang Jerawat


1. Mengimbau kembali kenangan jerawat pertama yang biasanya tumbuh dalam beberapa hari sebelum menstruasi pertama anda.
 
2. Tidak berhenti disitu, ketika usia remaja (sekitar 13 – 17 tahun) proses matang sedang berlaku dan sesetengahnya bakal mengalami lambakan jerawat yang tumbuh.
 
3. Kebiasaannya, tangan kita akan cenderung untuk memicit dan mengopek jerawat ketika bersendirian. (Jangan amalkan tabiat ini kerana ia akan meninggalkan kesan parut pada wajah!)
 
4. Jika jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) pada wajah kurang dari 30, jerawat berada dalam kategori jerawat ringan dan normal.
 
5. Mencuci muka dua kali sehari mampu mengurangkan risiko pertumbuhan jerawat pada wajah.

TIPS : Atasi Kulit Berminyak

Menjelang tengah hari, kulit wajah kamu akan mula berminyak? Solekan yang dicalit pagi tadi, mula tak nampak. Mana tidaknya, asyik lap muka sebab rimas berminyak. Kulit berminyak disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:


§  Faktor pemakanan
§  Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
§  Alat solek yang tidak serasi
§  Ketidak stabilan hormon

Bagaimana untuk atasi permasalahan ini?

1. Pastikan kamu memilih produk penjagaan kulit yang berasaskan mineral kerana ia membantu mengurangkan minyak pada wajah.

2. Dapatkan khidmat  nasihat dari jurujual alat solek sebelum membelinya. Paling penting, pemilihan bedak asas yang sesuai dengan kulit kamu sangat membantu mengatasi kulit berminyak.

3. Amalkan masker muka daripada campuran pisang, madu dan susu sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi membantu mengecilkan liang pori pada wajah.


Monday, 16 December 2013

TIPS : Tip Berdepan Dengan Lelaki Panas Baran

Ada orang kata kalau orang yang panas baran ni susah untuk kita ubah. Jadi kalau kita susah untuk mengubah mereka, kita perlu bijak mengawal keadaan apabila berdepan dengan mereka yang panas baran. Apa yang perlu kamu lakukan apabila berdepan dengan lelaki yang panas baran? Dalam hati kamu mesti terasa sangat berhati-hati takut benda lain pula yang jadi.


Jangan Melawan
Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika kamu melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.
 
Cari Kelemahan
Andai kamu ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang sidia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerena bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan kamu.
 
Rendahkan Nada
Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara kamu. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.
 
Sekali Sekala
Ada ketikanya yang kamu dimarah kerana bukan kesalahan yang kamu lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan kebenaran agar si dia akan tersedar. TETAPI jika pasangan kamu berpotensi untuk naik tangan, kamu perlu lebih berhati-hati.
 
Kaji Dahulu
Untuk mengelakkan kesusahan dalam perhubungan, EH! sarankan kamu kaji atau uji dahulu lelaki yang kamu kenal sebelum pergi ke langkah seterusnya. Betul orang kata, di awal perkenalan sukar untuk melihat true colors sebenar seseorang tapi kamu boleh menguji tahap kesabaran mereka. Jika dia mula menunjukkan sifat panas baran, ambil langkah berjaga-jaga lebih awal, dan seeloknya jauhkan diri darinya sebelum hubungan menjadi serius.

Yuna Terguris Dituduh Punca Lagu Dwihati Gagal Ke AJL28

Hati manusia mana yang tidak sedih dan kecewa apabila dipersalahkan di dalam sesuatu perkara. Terbaru, Yuna melahirkan kekecewaannya apabila dianggap punca kegagalan lagu “Dwihati”, nyanyiannya bersama Aizat ke AJL28. Artikel tersebut telah diterbitkan di dalam salah satu suratkhabar tempatan pada hujung minggu yang lalu. Di dalam artikel tersebut, Yuna didakwa menyanyi lagu Dwihati dengan nada yang salah sekaligus membuatkan persembahan nampak kucar-kacir.


Selaku salah seorang penyanyi lagu Dwihati, Aizat tampil untuk menjelaskan apa yang telah terjadi ketika persembahan separuh akhir AJL28 baru-baru ini. Kata Aizat:-


Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Yuna kerana dia menyampaikan lagu itu dengan baik sekali. Lagi pun, dia banyak berkorban waktu dan tenaga untuk balik ke Malaysia semata-mata kerana mahu menyanyikan lagu berkenaan.

Apa yang boleh saya katakan, berlaku masalah teknikal membabitkan band saya malam itu sehingga kedengaran kami seperti menyanyi bukan dengan nada sebenar.

Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kami sudah memberikan yang terbaik dan mungkin bukan rezeki kamai pada malam itu.

Yuna juga menerusi akaun Twitternya telah memberikan penjelasan yang serupa mengenai apa yang telah berlaku malam itu.

Setahu Ryzal, markah untuk AJL28 diberikan berdasarkan kekuatan melodi dan lirik sesebuah lagu itu. Kalau tak silap, markah persembahan lebih kurang 20% sahaja. Agak pelik kerana hanya persembahan yang kucar-kacir lagu tersebut tidak berjaya ke peringkat akhir. Sepatutnya penekanan harus diberikan kepada kualiti lagu, bukannya kualiti persembahan. Apa pula pendapat anda?

Thursday, 25 July 2013

MUHAMMAD RYZAL HM : Ucapkan Hari Raya Dengan Coklat Cadbury

Tinggal 2 minggu sahaja lagi, Hari Raya akan menjelma. Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Time-time ini mesti tengah sibuk tulis kad raya nak hantar kepada kawan-kawan. Siap beli setem banyak-banyak. Lenguh jugak tangan nak menulis.



Namun teknologi yang berkembang pesat menyebabkan tradisi menghantar kad raya ini telah ditelan zaman. Rasanya dah dekat 3 4 tahun Ryzal tak dapat walau sekeping kad raya pun. Sekarang ini trend orang hantar ucapan ikut SMS, Whatsapp dan macam-macam lagi. Memang menyenangkan tapi Ryzal rasa tak ada yang special mengenainya.


Suatu hari ketika berbuka puasa bersama saudara mara, Ryzal menerima 2 keping coklat cadbury daripada seorang saudara saya. Comel sangat coklat cadbury ni siap ada reben. Ingatkan memang untuk dinamakan ketika morey, rupa-rupanya ada mesej istimewa dalam coklat Cadbury ini. 


Dengan pantasnya Ryzal pun membuka kedua-dua coklat Cadbury ini. Rupanya ada mesej yang ditulis khas di atas coklat ini. Memang terharu dan terkejut Ryzal dibuatnya. Ini memang suatu yang unik dan tak pernah Ryzal terima selama ini. Terasa diri ini sangat istimewa.

Tanya punya tanya, rupa-rupanya coklat Cadbury dengan mesej istimewa di dalamnya ini adalah bersempena kempena “Say It With Cadbury Raya”. Bagi Ryzal, ini idea yang sangat awesome. Ucapan Hari Raya Raya menerusi coklat pastinya akan meninggalkan seribu kenangan istimewa kepada si penerima. Kreatif sungguh Cadbury.


Anda boleh mencuba Say It With Cadbury bersempena Hari Raya di pasaraya Tesco yang terpilih pada 2 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) yang seterusnya iaitu 27, 28 Julai dan 3, 4 Ogos. Dan pada 25 Julai ini, khas di Tesco Mutiara Damansara bermula jam 12 – 2 petang, anda berpeluang menjadi orang pertama membuat mesej peribadi dengan Say It With Cadbury Dairy Milk sebelum orang lain sempena Prebiu Eksklusif untuk peminat Cadbury Dairy Milk Malaysia. 50 peminat pertama akan berpeluang menerima bar coklat Cadbury Dairy Milk 175g dengan PERCUMA dan membuat mesej peribadi anda! Best kan?


Tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berkongsi kegembiraan dan semangat Raya bersama orang yang tercinta. Rebut peluang ini sebelum terlambat. Ryzal pun ingat nak pergi buat satu untuk crush tercinta. Bagi surprise sikit kat dia. Untuk info lanjut , jangan lupa layari Cadbury Dairy Milk Malaysia.




Saturday, 20 July 2013

HOT SELEBRITI : (TAHNIAH)Abby Abadi Sudah 13 Hari Berkahwin

Dalam diam, pelakon Abby Abadi rupanya sedang menyulam bahagia. Hari ini melalui Instagram miliknya Abby mengumumkan yang dia telah 12 hari bergelar isteri kepada seorang pemuda bernama Farhan yang berusia lebih muda darinya.




Gambar ini diberi kapsyen:-

Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Abby, semoga berkekalan ke akhir hayat.

HOT SELEBRITI : Izzue Islam Dan Isteri Ke Thailand Untuk Romantika Raya

Khabarnya, pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang melangsungkan pernikahan 2 Jun lepas ialah pasangan yang romantis. Jadi, mungkin romantis ini yang ingin diabadikan dalan rancangan Romantika Raya yang bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.




Penggambaran bagi rancangan ini dijalankan di Thailand dan berkisar mengenai perjalanan mereka selama 4 hari. Izzue yang makin terkenal sejak berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang disiarkan di Slot Zehra TV3 memang nampak romantik dalam set gambar ini, begitu juga dengan Awin Nurin yang juga pengurus kerjayanya.

Lagi empat gambar dengan membaca entri sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CST Production.