Menjelang tengah hari,
kulit wajah kamu akan mula berminyak? Solekan yang dicalit pagi tadi, mula tak
nampak. Mana tidaknya, asyik lap muka sebab rimas berminyak. Kulit berminyak
disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:
§ Faktor pemakanan
§ Produk penjagaan
kulit yang tidak sesuai
§ Alat solek yang
tidak serasi
§ Ketidak stabilan
hormon
Bagaimana untuk atasi permasalahan ini?
1. Pastikan kamu memilih produk penjagaan kulit yang berasaskan mineral kerana ia membantu mengurangkan minyak pada wajah.
2. Dapatkan khidmat nasihat dari jurujual alat solek sebelum membelinya. Paling penting, pemilihan bedak asas yang sesuai dengan kulit kamu sangat membantu mengatasi kulit berminyak.
3. Amalkan masker muka daripada campuran pisang, madu dan susu sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi membantu mengecilkan liang pori pada wajah.
No comments:
Post a Comment