Majlis dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara kedua-dua belah
keluarga, rakan-rakan, para wakil media serta rakan artis. Antara selebriti
yang hadir ialah Yusry dan Lisa Surihani, Norman KRU, anggota kumpulan Forteen
iaitu One, Ariz dan Amir, pasangan teman Afiq Muiz dan Eina Azman, Fazlina
Ahmad Daud juga Ady Putra dan isterinya.
Perkenalan pasangan ini
bermula enam tahun lepas sewaktu Awin yang juga mempunyai sebuah agensi pencari
bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung.
Pada masa itu, Izzue bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan
dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment