Sehingga ke hari ini,
masih belum ada khabar gembira daripada Datuk Siti Nurhaliza mengenai
kehamilannya. Masih belum ada rezeki untuk Siti bergelar seorang ibu. Apa pun
Ryzal sangat terharu apabila mengetahui beliau bercadang untuk mengambil 2
orang anak angkat Palestin untuk meringankan kesusahan mereka. Respek!!!
"Ya… saya
telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya
adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, kita tidak boleh membawa mereka
keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana.
Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan
berbincang dengan suami tentang perkara itu."
Walaupun tidak akan
menjaga anak angkat Palestinnya, Ryzal gembira dengan langkah yang diambil oleh
Siti Nurhaliza ini. Ada beberapa cerita yang Ryzal dengar mengenai
ketidakhamilan selepas beberapa tahun berkahwin, tup-tup mereka ambil anak
angkat dan terus hamil selepas itu. Semoga Siti jua akan mendapat berita
gembira seumpama itu kelak. Sama-samalah kita doakan.
No comments:
Post a Comment