Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan gila
si adik, si kakak turut sama terpalit malunya. Mungkin itulah yang dirasai oleh
Sharifah Shahira (Shiera) apabila adiknya, Sharifah Sakinah berkongsikan
video-video mengarut semenjak kebelakangan ini.
Shiera menerusi akaui Twitternya mengakui yang dia tidak sanggup melihat
video bodoh yang dihasilkan oleh adiknya itu. Menurut Shiera, lagi ramai orang
bercakap mengenai perbuatan adiknya, lagilah perkara tersebut akan dibuat oleh
Sharifah Sakinah.
Malah menurut Shiera, dia sudah pun menasihatkan adiknya supaya
menghentikan perbuatan tersebut. Tidak diketahui pula sama ada nasihat tersebut
diambil berat atau sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kalau nasihat kakak sendiri pun tidak diambil pusing oleh Sharifah
Sakinah, inikan pula nasihat kita sebagai orang luar. Mungkin Sharifah Sakinah
merasakan dirinya bebas melakukan apa sahaja kerana masih muda. Nasihat Ryzal, kalau tak menjaga air muka sendiri, jagalah air muka mak dan ayah anda.
Tak gitu?



No comments:
Post a Comment