Monday, 20 May 2013

MUHAMMAD RYAL HM : Gedik Biar Berpada-pada

Assalamualaikum..

        Memikat sebenarnya ada banyak cara. Tak semestinya bila you all suka kat seseorang tu, you all harus begitu menunjukkan yang you all suka kepadanya. Yang penting, jangan terlalu agresif dan menunjukkan sifat penggoda. Cara terbaik untuk menawan hati adalah melalui keperibadian you all sendiri. Nak tahu bagaimana? Teruskan pembacaan ya.

1) SENYUM

     Senyum itu satu sedekah. Senyum itu penarik dan senyum itu juga cantik. Tak perlulah nak agresif dan mengada-ngada, lagi-lagi pada saat baru berkenalan. Itu akan membuatkan si dia tidak berminat untuk mengenali you all dengan lebih dekat.
   
     Untuk itu, jangan lokek dengan senyuman. Berikan senyuman paling manis untuk sesiapa sahaja, tak kira yang baru dikenali ataupun sudah lama. Nescaya semua yang memandang you all akan tertawan hatinya.

2) BERPERILAKU BAIK

    Kalau you all bersikap baik dan ramah dengan semua orang yang you all jumpa setiap hari, dah tentu orang di sekeliling you all pun akan selesa dan memberi respons yang sama. Begitu juga halnya dengan memikat. Kalau you all punya peribadi yang baik, dah tentu itu menjadi modal besar untuk menarik perhatian si dia. Bila si dia sudah tertarik, makan dia juga akan melakukan hal yang sama kepada you all.

3) YAKIN DAN PERCAYA

    Gurlz yang berkeyakinan tinggi dan percaya pada diri akan mendapat perhatian yang lebih daripada boyz. Ini kerana boyz akan melihat gurlz begini sebagai seorang yang berdikari dan boleh hidup di mana-mana.

    Bagi boyz, gurlz yang pendiam dan tidak menatap matanya waktu berbicara adalah gurlz yang kurang manarik atau membosankan. Jadi, pastikan you all berani untuk memulakan perbualan dan sentiasa memandang si dia tapat pada matanya.

4) JADI DIRI SENDIRI

    Setiap orang adalah unik dengan caranya sendiri. Jadi, jangan berpura-pura untuk jadi orang lain demi untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang yang you all mahukan. Mana tahu, mungkin karakter you all sedikit berbeza dengan orang lain tu akan menarik perhatiannya?

5) ADAB MENERIMA PUJIAN

    Gurlz sememangnya suka dipuji. Lebih-lebih lagi kalau pujian itu datangnya daripada si dia yang diminati. Tapi hati-hati. You all perlu tahu adab dalam menerima pujian. Sentiasa sederhana dan ucapkan 'Terima Kasih' sebagai you all menghargai pujian tersebut.

6) BAHASA TUBUH

    Tubuh juga mampu dijadikan medium untuk memikat. Tapi ini bukan bermakna you all harus berpakaian seksi dan menjadi penggoda. Cukuplah sekadar memberikan beberapa petanda halus yang menyentuh hatinya.

    Sebagai contohnya disini, berjalan dengan postur tubuh yang tegak dan tidak bongkok untuk menyerlahkan keyakinan diri, berikan senyuman manis dan tatap matanya setiap kali berbual, dan berikan sedikit sentuhan halus setiap kali you all dan si dia berbual sesuatu yang lucu. Pasti bergetar hatinya. Hikhik!

    Pepatah Inggeris mengatakan 'First Impression is the most important'. Jadi, pada awal perkenalanlah you all nak tunjukkan kepadanya bahawa you all adalah orang yang layak untuk menjadi pendampingnya di kala susah dan senang.

    Selamat berjaya ya! XOXOD


    Gambar Scha Alyahya & Awal Ashaari ini hanya sekadar hiasan. Inilah contoh terbaik bagi 'Pasangan Bahagia' *peace*

No comments:

Post a Comment