Hati manusia mana yang
tidak sedih dan kecewa apabila dipersalahkan di dalam sesuatu perkara. Terbaru,
Yuna melahirkan kekecewaannya apabila dianggap punca kegagalan lagu “Dwihati”,
nyanyiannya bersama Aizat ke AJL28. Artikel tersebut telah diterbitkan di dalam
salah satu suratkhabar tempatan pada hujung minggu yang lalu. Di dalam artikel
tersebut, Yuna didakwa menyanyi lagu Dwihati dengan nada yang salah sekaligus
membuatkan persembahan nampak kucar-kacir.
Selaku salah seorang penyanyi lagu Dwihati, Aizat tampil untuk
menjelaskan apa yang telah terjadi ketika persembahan separuh akhir AJL28
baru-baru ini. Kata Aizat:-
Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Yuna kerana dia
menyampaikan lagu itu dengan baik sekali. Lagi pun, dia banyak berkorban waktu
dan tenaga untuk balik ke Malaysia semata-mata kerana mahu menyanyikan lagu
berkenaan.
Apa
yang boleh saya katakan, berlaku masalah teknikal membabitkan band saya malam
itu sehingga kedengaran kami seperti menyanyi bukan dengan nada sebenar.
Saya
minta maaf atas apa yang berlaku. Kami sudah memberikan yang terbaik dan
mungkin bukan rezeki kamai pada malam itu.
Yuna juga menerusi akaun
Twitternya telah memberikan penjelasan yang serupa mengenai apa yang telah
berlaku malam itu.
Setahu Ryzal, markah untuk
AJL28 diberikan berdasarkan kekuatan melodi dan lirik sesebuah lagu itu. Kalau
tak silap, markah persembahan lebih kurang 20% sahaja. Agak pelik kerana hanya
persembahan yang kucar-kacir lagu tersebut tidak berjaya ke peringkat akhir.
Sepatutnya penekanan harus diberikan kepada kualiti lagu, bukannya kualiti
persembahan. Apa pula pendapat anda?
No comments:
Post a Comment