Sunday, 19 May 2013

MUHAMMAD RYZAL HM : SUNDAY WITH FRIENDS

Assalamualaikum.

       So today was awesome! Memang tak sangka. Pagi tadi aku send msg kat Syairazie. Aku tanya kat dia jadi tak plan hari ni? So, dia jawab dia tunggu keputusan daripada Kak Asfa. Sekejap selepas itu aku dapat msg dari Syai balik. Dia cakap dia nak ambik aku dalam pukul 3 lebih macam tu. OMG! I'm too happy. Lepas je dapat msg tuu terus dancing tak tentu arah. Hahahaha! Mesti pelik jiran dengar kan? So, apa-apa pun janji aku happy.

       Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku pergi kemas semua barang aku. Eh? Bukan semua. Aku kemas apa yang patut je okay. Hehehe. Lepas kemas aku siap-siap mandi semua then tunggu diorang ambik aku. Aku cakap kat Syai, kalau dia dah turun dari rumah send msg kat aku. Bukan apa, supaya aku dapat ready. Takdelah orang pulak tunggu aku kan? Logik tak? Hohohoho!

        " Saya kat depan ni"

        " Baiklaaaaaaa"

       Itu sahaja yang dikatakan semasa Syairazie menghubungi aku. Sekejap kan? Then, aku turun dari rumah untuk mendapatkan kereta diorang, Bila aku sampai, aku tengok ada Kak Asfa, Syairazie and adik dia. Nama adik dia Syasya. Boleh panggil Sya je. Huaaaaaaaaa ;)

         " Anyeong"

       Teguran pertama daripada Kak Asfa. Then, aku jawab ayat yang sama. Maksud dia pun aku tak faham. Hikhik! Takpe-takpe. Next time boleh belajar kan? Mana nak dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya? Eh? Hohohoho!

       Before kitorang arive ke destinasi yang hendak dituju, Kak Asfa cadang nak isi minyak kereta dulu. Cop! beli barang makan sekali okay, like keropok, air and the else. Hahahaha! Alaaaa macam biasa laaa kalau pergi picnik mesti bawa bekal kan? So, kita enjoy! Eh? Tiba-tiba je :P

       Sampai je kat destinasi kitorang terus keluar dari kereta. Berjalan kaki untuk pergi ke resorts tuu. Dalam perjalanan nak pergi, tiba-tiba ada sekumpulan monyet sedang bergurau senda dekat pohon-pohon yang redang kat situ. Apa lagi, kiotang semua takut. Bukan apa, takut dia cakar kita ke apa ke kan? Bak kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Hikhik! Lepas tu, adik Syai pulak sudah imagine macam-macam. Syasya cakap dia takut kalau monyet tu panjat atas kepala dia then main-main kat rambut dia. Hasihhhhhh. Syasya ni ada-ada je kan?

      Fiuhhhhhh! Selamat dari bencana monyet tu. Nasib baik takde pape tau.. Kalau ada macam mana nak enjoy. Ye dokk? Hmmm.


Gambar ni lepas bayar tiket dan terselamat dari bencana monyet. Huahahaha! Ready. 123! Candidsyndrome
   
        Jalan-jalan naik bukit. Punya la penat naik bukit tuuu. Alahaiiii ~ Sampai kat situ tengok ada sekumpulan budak poyo. Bising siot! Macam tak pernah pergi swimming je. Enjoy enjoy juga tapi ingat orang sekeliling okay? *peace*

       Aku tengok Syai dah masuk kat dalam kolam. Aku nak terjun juga tapi takut. Takut sejuk. Grrrrrrrrr -.-  Kak Asfa suruh aku masuk. Syasya pun sama. Apatah lagi Syai. Akhir kata, aku pun masuk juga. Bila aku masuk, aku pulak yang over. Hahaha!

       Haaaaaaaa! Ni gambar yang sempat di snap oleh Kak Asfa. Tengok ye jangan tak tengok. Hikhik!


      Cantik idok? Cantik kan? Tengok laaa siapa model dia. Hikhik! *kidding* Aku buat ni dua kali. Kali yang pertama aku gagal. Kali yang kedua aku berjaya. Alaaaa, usaha tangga kejayaan. Hehehe! Air dah banyak masuk kat dalam hidung. Pffft! Pedih ok hidung aku. Hahaha! Janganlah dapat selsema pulak lepas ni. Hmmm

      Syai cakap dia nak berenang dekat pantai. Haaaaa okay jugak sebab dapatlah nak elakkan diri daripada bergaul sesama budak poyo tu tadi. Hukalorhhh.

      Sampai je kat pantai kitorang terus ambik gambar. Peduli apa dengan orang sekeliling. Bagi aku, diorang yang tengok dan mengutuk tu adalah orang yang jelous. Hohoho! Ni haaaa gambar yang sempat di snap dan shantek punyaaaa :P








        No bad comment okay sebab gambar ni dah cukup cantik dah. Hikhik! Lepas puas enjoy kitorang terus balik. Memang hari ni enjoy sangat! I love it! Hope dapat mcm ni lagi next time. Aminnn! Follow us on twitter : @MuhammadRyzalHM @Syairaziescha @SyasyaWina & Kakak yang cantik + Hebat @NaegaBogien.

Have funnn XOXOD

No comments:

Post a Comment