Baru-baru ini agak kecoh
juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya
bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.
Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong
tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang
dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana
Elfira.
Memang benar bercinta.
Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil
tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan
Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.
Hari ini melalui Utusan Malaysia,
Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang
dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:-
"Saya masih lagi belum berpunya.
Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki,
pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.
Antaranya yang pernah dikaitkan
bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman."
Walaupun ada peminat Elfira yang
bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang
ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Manalah tahu kalau nanti
betul terjadi pula?
No comments:
Post a Comment