Selalunya percintaan yang
gagal di tengah jalan adalah kerana kewujudan orang ketiga. Rumahtangga banyak
runtuh pun kerana si suami melayan wanita lain dan si wanita mengorat suami
orang. Namun dalam perhubungan Hanez dan Awi, tiada unsur orang ketiga yang
menyebabkan hubungan mereka putus.
Secara logik, kalau ada orang ketiga yang nak mengorat Hanez
memang boleh diterima akal. Orangnya memang cantik. Walaupun sudah berpisah,
Hanez masih gagal melupakan Awi. Kata Hanez kepadaMstar
Online:-
Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia,
namun saya perlu terima keputusan ini.Sebelum buat keputusan untuk putus
hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk
perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.
Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini
tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga
bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami
ambil keputusan untuk berpisah.
Mungkin ada jejaka di luar sana yang sudah memasang niat untuk
mengorat Hanez. Lupakanlah hasrat anda itu. Hanez buat masa ini ingin memberi
fokus kepada kerjayanya. Kata Hanez:-
Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan
dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat
masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya
Jadi diharap kepada yang nak mengorat, silalah bersabar. Bagi
peluang untuk Hanez kembangkan bakat dan kerjaya lakonannya terlebih dahulu.
Bagilah dalam setahun dua. Lepas itu kalau anda nak mengorat Hanez,
dipersilakan. Hehehe.
No comments:
Post a Comment