Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat
dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim
turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah
bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.
Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang
dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi
tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah
portal hiburan.
Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry
yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih
dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah
lama berada dalam industri.
Sinar Harian melaporkan, Pengurus Besar
Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang
drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah
tersendiri:-
Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton
setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton
sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.
Dengan
itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton
kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara.
Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal
video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan
video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.
Selain itu, sebanyak 413,865
tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.
Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan drama ini begitu
berjaya? Adakah lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun
watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom
kongksikan pendapat anda bersama kami.
No comments:
Post a Comment