Saturday, 20 July 2013

HOT SELEBRITI : (32 GAMBAR) Selebriti-Selebriti Terkenal Di Majlis Berbuka Puasa Astro

Salah satu perkara yang Ryzal suka mengenai bulan Ramadhan ialah jemputan ke majlis berbuka puasa oleh pihak Astro. Selain dapat makan di hotel, inilah peluang untuk Ryzal  berjumpa dengan ramai selebriti di satu tempat. Memang teruja sangat dibuatnya.


Antara yang hadir ialah bakal pengantin baru, Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Mereka berdua nampak sama cantik dan sama padan dengan baju berwarna hitam. Sekali tengok macam nak pergi majlis pernikahan pulak. Zain siap pakai sampin lagi!!!



Turut menyerikan majlis ialah Lisa Surihani yang sentiasa ceria sepanjang majlis berlangsung. Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Erra Fazira, Dira, Fouziah Gous dan ramai lagi. Layankan lagi 30 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

































HOT SELEBRITI : (GAMBAR) Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Kami telah menerima mesej melalui Twitter ( @MuhammadRyzalHM ) yang mengandungi gambar berikut. Ia ialah merupakan gambar yang besar kemungkinan diambil sebaik saja selepas pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah 7 Julai lepas di Thailand. Ini kerana tidak ada maklumat lanjut yang diberikan tentang gambar ini.


Lengkap berbusana perkahwinan rona tembaga dan krim serta berinai, pasangan ini kelihatan sedang menyarungkan cincin. Keduanya kelihatan berseri di majlis pernikahan mereka. Tahniah dan semoga berbahagia diucapkan kepada pasangan ini.

Saturday, 6 July 2013

MUHAMMAD RYZAL HM : (27 Gambar) Natural Image Actor Studio (NIAS) Fun With Their Family Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semuaaaa.

Baiklahhhhh. Saya nak kongsikan sebuah cerita semasa saya dan kami semua bergembira semasa hari keluarga Natural Image Actor Studio (NIAS) pada minggu lalu. Objektif hari keluarga ini dibuat kerana untuk menyatupadukan dan bersuai kenal antara bagde 1 dan bagde 2. 

Setelah beberapa jam sampai dan usai mengemas barang dan makan tengahari, kami bersiap sedia untuk bermain  beberapa 'game' ditepi pantai. Yeayyyyyyy!

Bergelak ketawa bersama-sama. Gelak sebab apa tu saya tak ingat. Hikhik!
Kak Asfa, Kak Chichi and Niko tengah panggang BBQ. Yummy..yummy!

Sambutan Hari Lahir Abang Mazlan (Pengurus NIAS)

Isteri Abang Mazlan menyuap kek ke dalam mulut dia. Awwww! So sweet :*

Ini pula Syairaziescha dengan Dillah. Masing-masing menyuap kek ke dalam mulut masing-masing. Haaa yang ini lagi sweet! Ohyeahhhhhhh :*

Saya pulak? Haaaa saya pulak mewakili kumpulan 'THOR' untuk pertandingan karoks! Ya Allah, malunya. Sudahlah suara sumbang. Tapi takpe tetap diteruskan jugak. Saya nyanyi lagu 'Bersanova'.

Kak Asfa pulak mewakili kumpulan 'IRON MAN'. Kalau tak silap saya dia nyanyi lagu Bertahkta Dihati. Mmmm sedap suara dia. Heeeee

Saya nak letak D untuk Dillah. Haaaaa Si Dillah ni tengah kusyuk menjawab soalan. Untuk pengetahuan kalian, ini adalah salah satu game yg diberi nama 'IQ Test". Besttttt!

Kisah Izyan pulak lain cerita. Dia pun join IQ Test jugak Hebat dia ni haaaaa. *peace*

"Anang Ngangsak Sesemak Sesemak" Ewahhhhhhhhh pandai jugak ye Kak Chichi ni main guitar? Sedap lagu Iban tu. Woot! Woot!























Friday, 5 July 2013

HOT SELEBRITI : Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Kewujudan Orang Ketiga

Selalunya percintaan yang gagal di tengah jalan adalah kerana kewujudan orang ketiga. Rumahtangga banyak runtuh pun kerana si suami melayan wanita lain dan si wanita mengorat suami orang. Namun dalam perhubungan Hanez dan Awi, tiada unsur orang ketiga yang menyebabkan hubungan mereka putus.


Secara logik, kalau ada orang ketiga yang nak mengorat Hanez memang boleh diterima akal. Orangnya memang cantik. Walaupun sudah berpisah, Hanez masih gagal melupakan Awi. Kata Hanez kepadaMstar Online:-

Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.

Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.


Mungkin ada jejaka di luar sana yang sudah memasang niat untuk mengorat Hanez. Lupakanlah hasrat anda itu. Hanez buat masa ini ingin memberi fokus kepada kerjayanya. Kata Hanez:-

Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya

Jadi diharap kepada yang nak mengorat, silalah bersabar. Bagi peluang untuk Hanez kembangkan bakat dan kerjaya lakonannya terlebih dahulu. Bagilah dalam setahun dua. Lepas itu kalau anda nak mengorat Hanez, dipersilakan. Hehehe.


HOT SELEBRITI : (GAMBAR) Farid Kamil Umum Kelahiran Anak Lelaki

Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:


                           faridkamilz
                           Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds


Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.

Kredit gambar, Instagram Farid Kamil.

Category: Farid Kamil, Diana Danielle.

HOT SELEBRITI : Neelofa Terkejut Dikaitkan Dengan Kes Khalwat Shah Jaszle

Kalau Ryzal jadi Neelofa, pasti diri ini pun akan terkejut juga. Tak pasal-pasal nama sendiri terpalit di dalam kontroversi kes khalwat Shah Jaszle. Untuk makluman, rupa-rupanya ketika bertemu dengan Farah, Shah Jaszle menunjukkan SMS menuntut hutang yang kononnya dihantar oleh Neelofa pada ketika itu juga.


Neelofa sendiri melahirkan rasa terkejutnya apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh Shah Jaszle. Kata Neelofa:-

Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shah Jaszle, meminta hutang dilunaskan. Lofa tidak pernah berbuat demikian. Nombor telefon dia pun Lofa tak simpan, macam mana Lofa nak SMS dia?

Lagi pun, kami memang sudah lama tidak berhubungan. Apa yang Lofa ingat, Lofa minta duit itu dipulangkan sekitar dua tahun lalu. Lofa sendiri tidak tahu apa tujuan dia mengaitkan nama Lofa dalam perkara itu


Pelik juga kan? Mungkin Shah Jaszle menyimpan SMS tersebut dan menggunakannya untuk meraih simpati. Yang penting, Neelofa sudah halalkan hutang tersebut kerana enggan memanjangkan cerita. Kata Neelofa:-

Ada banyak lagi perkara lain yang Lofa kena fikir. Sebelum kepala Lofa bertambah pening, jadi Lofa halalkan saja hutang itu. Bukanlah nak kata wang RM5,000 itu tidak penting buat Lofa, cuma malaslah nak panjangkan cerita.

Semoga selepas ini Neelofa tidak lagi dikaitkan dengan apa-apa berita yang berkaitan dengan Shah Jaszle. Kesian pulak Ryzal tengok Neelofa. Tak pasal-pasal nama jadi buruk. Kepada Shah Jaszle, kalau ada duit nanti, bayarlah hutang itu. Walaupun dah dihalalkan, jadilah lelaki bertanggungjawab dan pandai membayar hutang.


HOT SELEBRITI : Hubungan Sebagai Kawan Lebih Menggembirakan - Nabila Huda

Bila bercinta, sememangnya akan ada perubahan. Lebih-lebih lagi kalau bercinta dengan kawan baik. Biasalah tue, kalau berkawan memang boleh tunjuk perangai gila-gila. Kalau dah bercinta, kenalah cover dan jadi romantik sikit. Agaknya itu yang terjadi pada Nabila Huda dan Nas-T.


Hubungan mereka berdua sudah putus di tengah jalan. Menurut Nabila, apabila hanya berkawan dengan Nas-T, itu lebih menggembirakan bagi dirinya. Kata Nabila kepada Mstar Online:-

Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya. Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan. Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula


Agak sukar juga untuk menjadi kawan semula selepas bercinta. Pasti akan ada rasa kekok. Apa pun Nabila buat masa ini enggan bercinta dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan kerjayanya. Kata Nabila:-

Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja. Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan

Diharap kali ini Nabila betul-betul memberikan tumpuan kepada dirinya, anak dan kerjaya. Jangan tup-tup lepas ini dah ada kekasih baru pulak. Bagi masa kepada diri sendiri untuk merenung punca kegagalan percintaan anda. Ryzal rasa at least kena setahun dua juga Nabila hidup solo. Lepas itu kalau nak bercinta, bercintalah. Tak gitu?