Sunday, 30 June 2013

NOVEL : Sinopsis Novel Teduhan Kasih


Product: Teduhan Kasih
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Sumber : www.karyaseni.my
Publish by : Muhammad Ryzal HM ( @MuhammadRyzalHM )

Friday, 28 June 2013

MeleTOP : Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Baim Wong, Pengakuan Baim Hanya Gimik Telefilem

Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.



Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira.

         Memang benar bercinta.

Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.

Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:-

"Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.
 Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman."

Walaupun ada peminat Elfira yang bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Manalah tahu kalau nanti betul terjadi pula?

GOSIP PANAS : Lagi Orang Bercakap, Lagi Dia Buat – Sharifah Shahira Komen Isu Video Adiknya

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan gila si adik, si kakak turut sama terpalit malunya. Mungkin itulah yang dirasai oleh Sharifah Shahira (Shiera) apabila adiknya, Sharifah Sakinah berkongsikan video-video mengarut semenjak kebelakangan ini.



Shiera menerusi akaui Twitternya mengakui yang dia tidak sanggup melihat video bodoh yang dihasilkan oleh adiknya itu. Menurut Shiera, lagi ramai orang bercakap mengenai perbuatan adiknya, lagilah perkara tersebut akan dibuat oleh Sharifah Sakinah.



Malah menurut Shiera, dia sudah pun menasihatkan adiknya supaya menghentikan perbuatan tersebut. Tidak diketahui pula sama ada nasihat tersebut diambil berat atau sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi.



Kalau nasihat kakak sendiri pun tidak diambil pusing oleh Sharifah Sakinah, inikan pula nasihat kita sebagai orang luar. Mungkin Sharifah Sakinah merasakan dirinya bebas melakukan apa sahaja kerana masih muda. Nasihat Ryzal, kalau tak menjaga air muka sendiri, jagalah air muka mak dan ayah anda. Tak gitu?

GOSIP PANAS : Sharifah Sakinah Kongsikan Video Kontroversi Lagi

Selepas kontroversi video yang agak lucah baru-baru ini, Ryzal ingatkan Sharifah Sakinah dah insaf dan tidak akan berkongsi video-video mengarut lagi. Rupa-rupanya Sharifah Sakinah ini jenis tak makan saman dan hati kering kerana dia telah berkongsi sebuah lagi video yang agak kontroversi.


Mungkin ini cara Sharifah Sakinah mencari publisiti. Namun Abang Nara rasa, publisiti yang dicapai menerusi cara ini agak murah dan hanya menjatuhkan maruah dirinya. Anda tonton sendiri video yang telah dikongsikan oleh Sharifah Sakinah sempena hari jadinya.


Apa pendapat anda?


GOSIP PANAS : Sharifah Sakinah Tak Bogel - Anzalna

Kontroversi video Keek Sharifah Sakinah yang sememangnya tidak sedap mata memandang turut memalitkan lumpur kepada Anzalna. Ini kerana video tersebut di upload menggunakan akaun Keek Anzalna. Bagi Anzalna, nasib Sharifah Sakinah tidak baik kerana video itu menjadi panas di YouTube.


Berkata kepada MalaysiaDigest, Anzalna memberitahu yang perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila. Menerangkan kejadian tersebut, Anzalna berkata:-

“Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing giler-giler. Kami hanya berseronok.

Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu.


Orang kata, artis ini memang standard gila-gila dan lucahnya lain macam sikit. Tinggi sikit daripada orang biasa. Bagi Abang Nara memang dah lucah dan tidak sesuai langsung video Sharifah Sakinah nie. Takkan nak tunggu bogel baru nak menyesal? Senang cerita, tak payahlah upload video-video mengarut nie. Buat sakit mata dan sakit hati je melihatnya. Tak gitu?


GOSIP PANAS : Sharifah Sakinah Mohon Maaf, Video Sekadar Gurauan.

Selepas tersebarnya video Sharifah Sakinah yang boleh dikategorikan agak lucah, pelbagai kritikan dan kutukan telah diterima oleh empunya badan. Secara jujur, memang tak wajar video sebegitu dirakamkan oleh seseorang yang bergelar selebriti beragama Islam. Agak memalukan.



Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Sharifah Sakinah memohon maaf dan berkata video tersebut adalah sekadar gurauan. Kata Sharifah Sakinah:-

Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan. Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu.


Video tersebut telah pun dipadamkan oleh Anzalna. Semoga kejadian ini akan dijadikan pengajaran buat Sharifah Sakinah dan artis-artis lain. Kalau kemaruk sangat nak buat video, buat video Gwiyomi pun ok dah. Lebih terserlah kecomelan berbanding video mengarut sebelum ini.

MUHAMMAD RYZAL HM : Sardin Goreng

Tersebutlah kisah di rumah bersama adik adik. memang citer dia kalau aku dah duduk rumah, bagai kapal penuh muatan terbalik dalam rumah aku dia punya sepah. kau boleh berenang dengan komik komik yang aku sepahkan satu rumah. belum kira bantal bantal yang aku sepahkan lagik . Shyyra kemas, aku sepahkan. dia kemas bilik aku , aku sepahkan. dia kemas hall aku sepahkan . boleh cakap sampai jadi bergaduh aku dengan dia haritu. yang Ibu Ayah takda rumah gi ongkawen. aku kalau bab bab ongkawen ni kalau Ibu Ayah ajak automatic aku akan buat buat demam ke pening kepala ke. tak kuasa aku nak ikut . buat lecak ketiak je .bila dah bergaduh dengan Shyyra . dia mula buat mogok dia . aku suruh buatkan aku Milo pun dia tak nak, buat macam tak dengar apa aku cakap , anggap macam aku ni pasu bunga depan rumah . nak aje aku masukkan dia dalam wash machine lepastu spin kan dia 3 4 kali , letak downy . mesti wangi . 
                                  
aku tengok jam dah pukul 11 pagi . perut dah mula tergodak godak mintak makanan . kalau dia boleh bersuara , aku pun akan terperanjat bila tetibe dia tanya aku bila nak sumbatkan dia makanan . aku berjalan pergi tempat makan , tengok atas meja ada nasi lemak pagi tadi . alahai lemau je aku tengok . kalau makan nanti gerenti mengantuk pastu malas nak buat benda lain . aku tengok Aiman rilek je dok sofa goyang kaki baca kamus . tapi mata tengok Oh My English lepastu tukar tengok Animax pastu 5 minit tukar balik tengok Oh My English , dan bertukar tukar tukar ikut suka dia . tengok kamus yang dia pegang tu pun dah buat aku selera . buat cicah dengan Milo pun sedap . letak sambal sikit . aku tak tahu saka apa yang lorat betul datang mintak makanan . padahal 1 jam yang lepas baru je aku makan 2 pinggan breakfast . badan kepeng gak . aku tanya Aiman .

"woi akak mana ?"

"kat luar , sidai baju"

"aku lapar"

"pergi makan"

"takda makanan"

"pergi masak"


buat sakit hati je aku bercakap dengan Aiman . dahlah tak menoleh pandang aku , cakap nak psycho . semua nak mogok dengan aku ke caner . masa aku nak blah gi dapur selongkar kumbah kumbah makanan tu tetibe dia bersuara balik .

"jom masak , aku pun lapar"


ayat dia buat aku nak ketawa sambil garu garu perut . then aku pun pergi dapur . tengok dapur dah kemas . ah kisah apa , yang penting aku lapar . nak makan semua benda yang ada kat dapur ni tanpa meninggalkan sisa . bukak freezer , aku tengok ada ayam udang sotong yang masih keras membeku . memang citer dia aku malas nak tunggu lama . kau ingat sekejap nak bagi ayam tu semua lembik lepas keluar daripada freezer . sosej dengan nugget ada . tapi tak kan nak buat sambal nugget kan . dengar pun dah kelakar . tak menyelerakan . lepastu Aiman capai sardin .

"kau masak benda ni boleh ?aku tak tahu masak"

"abistu kau ingat aku reti ?" 

"aku panggil akak lah eh ?"

"ah takyah . kita masak sendiri"


pastu aku pun mula bukak tin sardin . mesti Ibu aku bangga anak kedua dia yang pemalas ni pandai bukak tin sardin , yang paling dia bangga siap terkejut aku nak memasak . punya payah rasa nak hentak je kat kepala Aiman . mana tahu boleh terus terbukak . aku asingkan kuah dia dengan ikan dia . aku rasa nak goreng dulu ikan dia bagi garing . baru sedap nak dimakan . aku tengok Aiman tengah ambik bawang pastu suruh aku potong . sekarang ni citer dia siapa yang abang ni , aku ke dia ? lepas dah panaskan minyak , aku pun masukkan ikan sardin tu dalam minyak panas . punya happy aku nak memasak ok . tuhan je yang tahu betapa happy aku nak masak ikan sardin takda bahan . kosong . aku buat lawak , sila ketawa . kosong kosong pun kalau makan dengan nasi panas , dia punya feeling pergh pergh 4 pinggan nasi pun masih laju je makan . 





sambil nak tunggu ikan tu masak dalam kuali , aku pun potong bawang fefeling ada kat master chef . ketepuk ketepuk bunyi pisau tu berlaga dengan tempat alas potong bawang . aku toleh tengok nasi dah masak . mungkin Shyyra dah masak dulu sebelum dia sidai baju . tengah leka potong bawang , tetibe , aku rasa kesakitan yang amat kat tangan aku . rupanya minyak dari ikan sardin yang aku goreng tu . punya meriah minyak tu terloncat loncat . aku berundur ke belakang sikit . makin aku berundur , makin meriah dia terloncat loncat keluar dari kuali . bila nak pergi kat kuali , dia makin rancak serang aku . aisehmen . guwa memang takda peralatan keselamatan nak lawan balik ni . rasa macam nak capai penyapu bantai je kuali tu . mulalah berangan kejap kekonon ada masa zaman sebelum kemerdekaan , perang perang gitu .

Aiman kau jangan tanya , dia bantai ketawakan aku bagai nak rak sampai meleleh leleh air mata dia tengok aku terkinja kinja . aku sumbat dengan bawang ni baru dia tahu . dahlah minyak terloncat loncat keluar , memang bersepah dapur dengan minyak . lepastu siap ada bunyik keletus keletus lagi ala ala bunyi ikan goreng yang meletup letup . keadaan masa tu bukan macam aku goreng ikan lain . apahal tah ikan sardin ni lain macam pulak meletup dia . macam wadahel kan ? mulalah rasa macam aku ada kat gunung berapi pulak , tadi dah fefeeling ada masa sebelum zaman penjajahan . aku capai penutup periuk . lepastu setapak aku pergi kedepan nak tutup api gas tu . setapak pergi , setepek kena minyak , lepastu ketawa kebelakang balik . aku rasa aku habiskan masa ketawa kedepan kebelakang je kat situ . ikan dalam tu makin lama makin hitam . asap dah keluar sikit sikit .

"korang buat apa ni ? ish nak bagi terbakar rumah ke menda ?"


lepastu Shyyra terus pergi kat dapur gas tu terus tutup api gas tu . bagaikan Black Widow dalam cerita The Avangers gaya dia . langsung tak terkena percikan minyak . takda nak mengelak ngelak lansung . aku dengan Aiman bagaikan terpaku seketika melihat aksinya menutup api gas tersebut . then aku buat ayat sedih .

"aku lapar . nak makan . nak masak"

"asal tak cakap ?"

"tak nak . kita kan gaduh olok olok"

"ish mengada . dah pergi keluarkan ayam tu , aku masak . tolong aku"

"yeayyyy"


lepastu aku pun tolong dia masak . punya happy aku ada orang nak masakkan aku makan . aku ambik kuali yang ada ikan sardin tu , aku tenung then tak pikir dah , terus buang . punya hitam aku tengok ikan tu , kalau makan tahi pun mesti hitam . selamat tinggal sardin meletup . lalu aku baling ke tong sampah .



NOTE : bukan semua orang tahu masak . ada yang tak tahu tapi buat buat tahu , macam aku .

Thursday, 27 June 2013

SEKOLAH SENI KUCHING : PRODUKSI PMR 2012 (Teater Muzikal Fantasi dan Realiti NYALANG)

Haaaaaaaa saya rindu time ni. Rindu bila nak adakan produksi semula. OMG! Penat lelah kami semua tanggung bersama. Sekurang-kurangnya semua benda ini kami buat sendiri dari segi pakaian, lagu tema, jalan cerita dan mcm-mcm lagi. takdelah semua tu nak mengharapkan cikgu sahaja kannnnn? Semua nya nak ambil mudah. remaja-remaja. cubalah berpijak pada bumi yang nyata dan lakukan dengan tulang empat kerat sendiri. Boleh? Haaaaaa Good girl and boy :*

          Cerita ini mengisahkan tentang dua latar berbeza iaitu dunia sebenar dan dunia khayalan di mana ada beberapa kumpulan mereka ingin menguasai Puteri Nyalang. Sebenarnya, Puteri Nyalang ini berasal daripada manusia juga tetapi burung kenyalang yang menculiknya lalu dijaga oleh mereka dan mereka jadikan dan diberi nama sebagai Puteri Nyalang. Zaman dahulu mereka percaya yang haiwan unik ini boleh memberikan mereka sesuatu yang luar biasa, disebabkan itu mereka berebut-rebut mendapatkan Puteri Nyalang tetapi malangnya apabila Puteri Nyalang turun ke bumi bagi meredakan keadaan yang kucar kacir disebabkan perbuatan mereka sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mendapatkan Puteri Nyalang. Disini saya sertakan gambar sebagai tayangan. Terimalah, pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuching Sarawak :) *peace








































































































































Produksi kami berjaya. Pentaksir mentafsirkan yang produksi kami mantap. Lihatlah siapa ahli kumpulannya. Produksi kami masuk percuma jer tetapi cerita menarik berbanding masuk mahal tapi cerita minta maaf banyak-banyak. Tak berani nak cakap sebab takut kena carut dalam twitter nanti. Hohoho!

Created by: Muhammad Ryzal HM (@MuhammadRyzalHM)