Selepas tersebarnya video Sharifah
Sakinah yang boleh dikategorikan agak lucah, pelbagai kritikan dan kutukan telah diterima oleh empunya
badan. Secara jujur, memang tak wajar video sebegitu dirakamkan oleh seseorang
yang bergelar selebriti beragama Islam. Agak memalukan.
Berkata kepada Utusan
Malaysia hari
ini, Sharifah Sakinah memohon maaf dan berkata video tersebut adalah sekadar
gurauan. Kata Sharifah Sakinah:-
Saya rasa mungkin
sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah
faham. Ianya sekadar gurauan. Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna
turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila,
mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu.
Video tersebut telah pun dipadamkan oleh Anzalna. Semoga kejadian ini
akan dijadikan pengajaran buat Sharifah Sakinah dan artis-artis lain. Kalau
kemaruk sangat nak buat video, buat video Gwiyomi pun ok dah. Lebih terserlah
kecomelan berbanding video mengarut sebelum ini.
No comments:
Post a Comment