Kontroversi video Keek Sharifah Sakinah yang sememangnya tidak sedap mata memandang turut memalitkan lumpur
kepada Anzalna. Ini kerana video tersebut di upload menggunakan akaun Keek
Anzalna. Bagi Anzalna, nasib Sharifah Sakinah tidak baik kerana video itu
menjadi panas di YouTube.
Berkata kepada MalaysiaDigest,
Anzalna memberitahu yang perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila.
Menerangkan kejadian tersebut, Anzalna berkata:-
“Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek.
Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu
tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami
semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar
sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing
giler-giler. Kami hanya berseronok.
Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang
melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan,
Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami
beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa
yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di
dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu.
Orang kata, artis ini
memang standard gila-gila dan lucahnya lain macam sikit. Tinggi sikit daripada
orang biasa. Bagi Abang Nara memang dah lucah dan tidak sesuai langsung video
Sharifah Sakinah nie. Takkan nak tunggu bogel baru nak menyesal? Senang cerita,
tak payahlah upload video-video mengarut nie. Buat sakit mata dan sakit hati je
melihatnya. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment