Lokman Abdul Hamid, 52,
bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan
Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan
permohonannya untuk berpoligami.
Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua
terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di
Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai.
Kami
sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini
dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami
akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia
telah bernikah di Thailand.
Ini
sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri
dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business
meeting.
Dia
pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya
Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf,
32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa
itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana,
barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman,
ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan
berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana
tidak diwakili peguam.
Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana
itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan
pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. Ikuti temuramah
Harian Metro, di sini:-
No comments:
Post a Comment