Isteri mana yang tidak
remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun
hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua
suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok
bersama Wan Sakinah.
Terbaru menerusi Facebooknya, Dayana telah pun menukilkan sebuah
puisi untuk suaminya. Puisi ini pastinya luahan hati ikhlas Dayana terhadap
suaminya dan perkahwinan mereka.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti
beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Sob sob sob. Habis juga tisu atas meja Ryzal ini. Menitis jua
air mata membaca puisi Dayana. Ryzal dapat rasakan kesedihan, kepedihan dan
keperitan Dayana. Semoga Dayana tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita
doakan.
UPDATE: Seorang wanita yang ingin namanya dirahsiakan telah tampil
mengakui bahawa puisi di atas adalah nukilannya dan bukannya ditulis oleh
Dayana. Maaf atas kekeliruan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment