Friday, 5 July 2013

HOT SELEBRITI : Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Kewujudan Orang Ketiga

Selalunya percintaan yang gagal di tengah jalan adalah kerana kewujudan orang ketiga. Rumahtangga banyak runtuh pun kerana si suami melayan wanita lain dan si wanita mengorat suami orang. Namun dalam perhubungan Hanez dan Awi, tiada unsur orang ketiga yang menyebabkan hubungan mereka putus.


Secara logik, kalau ada orang ketiga yang nak mengorat Hanez memang boleh diterima akal. Orangnya memang cantik. Walaupun sudah berpisah, Hanez masih gagal melupakan Awi. Kata Hanez kepadaMstar Online:-

Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.

Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.


Mungkin ada jejaka di luar sana yang sudah memasang niat untuk mengorat Hanez. Lupakanlah hasrat anda itu. Hanez buat masa ini ingin memberi fokus kepada kerjayanya. Kata Hanez:-

Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya

Jadi diharap kepada yang nak mengorat, silalah bersabar. Bagi peluang untuk Hanez kembangkan bakat dan kerjaya lakonannya terlebih dahulu. Bagilah dalam setahun dua. Lepas itu kalau anda nak mengorat Hanez, dipersilakan. Hehehe.


HOT SELEBRITI : (GAMBAR) Farid Kamil Umum Kelahiran Anak Lelaki

Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:


                           faridkamilz
                           Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds


Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.

Kredit gambar, Instagram Farid Kamil.

Category: Farid Kamil, Diana Danielle.

HOT SELEBRITI : Neelofa Terkejut Dikaitkan Dengan Kes Khalwat Shah Jaszle

Kalau Ryzal jadi Neelofa, pasti diri ini pun akan terkejut juga. Tak pasal-pasal nama sendiri terpalit di dalam kontroversi kes khalwat Shah Jaszle. Untuk makluman, rupa-rupanya ketika bertemu dengan Farah, Shah Jaszle menunjukkan SMS menuntut hutang yang kononnya dihantar oleh Neelofa pada ketika itu juga.


Neelofa sendiri melahirkan rasa terkejutnya apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh Shah Jaszle. Kata Neelofa:-

Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shah Jaszle, meminta hutang dilunaskan. Lofa tidak pernah berbuat demikian. Nombor telefon dia pun Lofa tak simpan, macam mana Lofa nak SMS dia?

Lagi pun, kami memang sudah lama tidak berhubungan. Apa yang Lofa ingat, Lofa minta duit itu dipulangkan sekitar dua tahun lalu. Lofa sendiri tidak tahu apa tujuan dia mengaitkan nama Lofa dalam perkara itu


Pelik juga kan? Mungkin Shah Jaszle menyimpan SMS tersebut dan menggunakannya untuk meraih simpati. Yang penting, Neelofa sudah halalkan hutang tersebut kerana enggan memanjangkan cerita. Kata Neelofa:-

Ada banyak lagi perkara lain yang Lofa kena fikir. Sebelum kepala Lofa bertambah pening, jadi Lofa halalkan saja hutang itu. Bukanlah nak kata wang RM5,000 itu tidak penting buat Lofa, cuma malaslah nak panjangkan cerita.

Semoga selepas ini Neelofa tidak lagi dikaitkan dengan apa-apa berita yang berkaitan dengan Shah Jaszle. Kesian pulak Ryzal tengok Neelofa. Tak pasal-pasal nama jadi buruk. Kepada Shah Jaszle, kalau ada duit nanti, bayarlah hutang itu. Walaupun dah dihalalkan, jadilah lelaki bertanggungjawab dan pandai membayar hutang.


HOT SELEBRITI : Hubungan Sebagai Kawan Lebih Menggembirakan - Nabila Huda

Bila bercinta, sememangnya akan ada perubahan. Lebih-lebih lagi kalau bercinta dengan kawan baik. Biasalah tue, kalau berkawan memang boleh tunjuk perangai gila-gila. Kalau dah bercinta, kenalah cover dan jadi romantik sikit. Agaknya itu yang terjadi pada Nabila Huda dan Nas-T.


Hubungan mereka berdua sudah putus di tengah jalan. Menurut Nabila, apabila hanya berkawan dengan Nas-T, itu lebih menggembirakan bagi dirinya. Kata Nabila kepada Mstar Online:-

Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya. Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan. Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula


Agak sukar juga untuk menjadi kawan semula selepas bercinta. Pasti akan ada rasa kekok. Apa pun Nabila buat masa ini enggan bercinta dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan kerjayanya. Kata Nabila:-

Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja. Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan

Diharap kali ini Nabila betul-betul memberikan tumpuan kepada dirinya, anak dan kerjaya. Jangan tup-tup lepas ini dah ada kekasih baru pulak. Bagi masa kepada diri sendiri untuk merenung punca kegagalan percintaan anda. Ryzal rasa at least kena setahun dua juga Nabila hidup solo. Lepas itu kalau nak bercinta, bercintalah. Tak gitu?

HOT SELEBRITI : Akim Ahmad Akui Cintakan Stacy?

Rasanya semua orang tahu mengenai hubungan mesra antara Akim Ahmad dan Stacy. Namun kedua-dua mereka tidak pernah mengaku mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Namun sebentar tadi menerusi Instagram, Akim dilihat meluahkan rasa cintanya terhadap Stacy.


Gambar di atas telah pun dikongsi oleh Stacy menerusi akaun Instagramnya. Dan Akim Ahmad dengan pantas telah meninggalkan komen yang seolah-olah mengakui rasa cintanya terhadap Stacy.


Kebanyakan peminat Akim dan Stacy melahirkan rasa gembira dan terharu dengan ke”sweet”an Akim. Namun tidak diketahui pula sama ada komen Akim hanya sekadar gurauan atau benar-benar serius.


Kalau betul-betul cinta, Akim perlu berjumpa dengan Stacy dan meluahkan isi hati secara face to face. Kena cepat sebab Stacy tue comel orangnya. Pasti ramai peminat. Nanti kena ambil dek orang lain. Sama-samalah kita nantikan sama ada pengakuan ini hanya gurauan atau sememangnya pengakuan serius daripada Akim.



HOT SELEBRITI : (13 GAMBAR)Tiz Zaqyah, Kekasih & Rakan Bercuti Di Pulau Perhentian

Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara,  Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia.



Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Ryzal agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Serius cool!!


Ryzal tak mampu nak buat macam Tiz sebab takut air akibat trauma lemas suatu ketika dahulu. Lagi beberapa keping gambar Tiz Zaqyah, kekasih dan rakan-rakannya bercuti di Pulau Perhentian dengan membaca artikel ini sepenuhnya.














HOT SELEBRITI : Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih, Episod Akhir Ditonton 4.1 Juta Penonton

Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.


Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.



Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan,  Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.
Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara.

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan drama ini begitu berjaya? Adakah lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom kongksikan pendapat anda bersama kami.