Thursday, 13 December 2012

Zakiah Anas Selamat Diijabkabulkan Semalam


TAHNIAH diucapkan kepada personaliti televisyen popular, Zakiah Anas yang telah selamat diijabkabulkan semalam tanggal 12.12.12. Menerusi laporan di laman blog pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek, dengan sekali lafaz, Zakiah Anas (45 Tahun) sah bergelar isteri kepada Raja Shahrul Azmi Raja Sahar (42 Tahun) di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 11:35 pagi semalam.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih itu telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan mas kahwin RM13,500 tunai dengan diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri hampir 50 orang yang merangkumi kaum keluarga dan rakan terdekat. 



Foto: Kredit Blog Mazidul (www.mazidulakmal.com)

No comments:

Post a Comment