Friday, 5 July 2013

HOT SELEBRITI : Akim Ahmad Akui Cintakan Stacy?

Rasanya semua orang tahu mengenai hubungan mesra antara Akim Ahmad dan Stacy. Namun kedua-dua mereka tidak pernah mengaku mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Namun sebentar tadi menerusi Instagram, Akim dilihat meluahkan rasa cintanya terhadap Stacy.


Gambar di atas telah pun dikongsi oleh Stacy menerusi akaun Instagramnya. Dan Akim Ahmad dengan pantas telah meninggalkan komen yang seolah-olah mengakui rasa cintanya terhadap Stacy.


Kebanyakan peminat Akim dan Stacy melahirkan rasa gembira dan terharu dengan ke”sweet”an Akim. Namun tidak diketahui pula sama ada komen Akim hanya sekadar gurauan atau benar-benar serius.


Kalau betul-betul cinta, Akim perlu berjumpa dengan Stacy dan meluahkan isi hati secara face to face. Kena cepat sebab Stacy tue comel orangnya. Pasti ramai peminat. Nanti kena ambil dek orang lain. Sama-samalah kita nantikan sama ada pengakuan ini hanya gurauan atau sememangnya pengakuan serius daripada Akim.



HOT SELEBRITI : (13 GAMBAR)Tiz Zaqyah, Kekasih & Rakan Bercuti Di Pulau Perhentian

Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara,  Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia.



Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Ryzal agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Serius cool!!


Ryzal tak mampu nak buat macam Tiz sebab takut air akibat trauma lemas suatu ketika dahulu. Lagi beberapa keping gambar Tiz Zaqyah, kekasih dan rakan-rakannya bercuti di Pulau Perhentian dengan membaca artikel ini sepenuhnya.














HOT SELEBRITI : Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih, Episod Akhir Ditonton 4.1 Juta Penonton

Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.


Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.



Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan,  Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.
Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara.

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan drama ini begitu berjaya? Adakah lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom kongksikan pendapat anda bersama kami.

HOT SELEBRITI : (9 GAMBAR)Diana Amir Manis Menawan Gayakan Tudung Rekaan Melinda Looi

Lama tidak mendengar khabar si comel Diana Amir ini. Sejak bertunang dengan seorang pensyarah, memang tidak banyak berita yang terpampang mengenai dirinya. Terbaru, Diana Amir telah berkolaborasi dengan Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi tudung yang dikenali sebagai “Diana Amir x emel“.



Kolaborasi mereka berdua ini memang cukup sempurna di mata Ryzal. Cantik-cantik semua tudung yang dikeluarkan. Tambah cantik apabila modelnya adalah Diana Amir. Pasti koleksi ini akan menjadi rebutan ramai lebih-lebih menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.


Lagi beberapa keping gambar Diana Amir menggayakan koleksi tudung rekaan Melinda Looi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk info lanjut dan cara pembelian, anda boleh layari Facebook Melinda Looi.










Monday, 1 July 2013

HOT SELEBRITI : Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Sehingga ke hari ini, masih belum ada khabar gembira daripada Datuk Siti Nurhaliza mengenai kehamilannya. Masih belum ada rezeki untuk Siti bergelar seorang ibu. Apa pun Ryzal sangat terharu apabila mengetahui beliau bercadang untuk mengambil 2 orang anak angkat Palestin untuk meringankan kesusahan mereka. Respek!!!


Ditanya mengenai perancangan tersebut, Siti berkata kepada Mstar Online:-

"Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana. Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu."


Walaupun tidak akan menjaga anak angkat Palestinnya, Ryzal gembira dengan langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza ini. Ada beberapa cerita yang Ryzal dengar mengenai ketidakhamilan selepas beberapa tahun berkahwin, tup-tup mereka ambil anak angkat dan terus hamil selepas itu. Semoga Siti jua akan mendapat berita gembira seumpama itu kelak. Sama-samalah kita doakan.


HOT SELEBRITI : (19 GAMBAR)Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Izzue Islam Dan Awin Nurin

Sut dan gaun serba hitam rekaan Hatta Dolmat dan putih dari Classic Bridal menjadi pilihan Izzue dan isterinya Awin untuk majlis memotong kek dan majlis persandingan perkahwinan mereka di Dewan N’Dah, Shah Alam, petang semalam.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara kedua-dua belah keluarga, rakan-rakan, para wakil media serta rakan artis. Antara selebriti yang hadir ialah Yusry dan Lisa Surihani, Norman KRU, anggota kumpulan Forteen iaitu One, Ariz dan Amir, pasangan teman Afiq Muiz dan Eina Azman, Fazlina Ahmad Daud juga Ady Putra dan isterinya.



Perkenalan pasangan ini bermula enam tahun lepas sewaktu Awin yang juga mempunyai sebuah agensi pencari bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung. Pada masa itu, Izzue bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya.






























HOT ISSUE : Harga Tiket Running Man Di Malaysia Bermula Daripada RM169

Akhirnya yang dinanti-nanti sudah tiba. Harga tiket untuk sesi bertemu peminat oleh Running Man sudah pun diketahui. Bermula daripada RM169 sehingga RM689, tiket-tiket ini dijangka akan habis dijual seperti pisang goreng panas.


Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary dan Jong Kook yang akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-

Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media

Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad

Pakej RM169
Poster RM edisi terhad 


Sesi bertemu peminat ini akan diadakan di Kenanga Wholesale City bermula jam 7 malam. Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian tiket, sila layari www.bigpocketgroup.com atau Facebook BigPocketGroup.